Bola Sepak

Dari Liga Sosial ke Liga Super… Siapa Sharul Nazeem sebenarnya?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Shahrul kini sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. (Foto : SelangorFC)

KEPUTUSAN Sharul Nazeem Zulpakar yang memilih sukan bola sepak berbanding ping pong dilihat tepat apabila dia kini berada dalam barisan utama Selangor FC.

Membuat keputusan memilih sukan bola sepak pada usia 17 tahun dengan penyertaan dalam liga sosial, bakat pemain muda yang dilamar pengurusan Selangor untuk beraksi dengan skuad Piala Presiden 2018.

Jelasnya, diperingkat sekolah dahulu dia turut bermain bola sepak tetapi tidak berapa minat sangat selain faktor ibunya yang hanya membenarkan saya terbabit dengan sukan ‘indoor’ dan sebab itu saya memilih ping pong, dari sekolah rendah sampai Tingkatan 5.

“Saya pernah menjalani pemilihan ke MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) bagi mewakili Selangor semasa di darjah 6 dan pada masa itu, saya seorang sahaja berbangsa Melayu manakala yang lain dari bangsa Cina namun tidak terpilih.

“Minat ini diteruskan sehingga Tingkatan 5 di sekolah menengah, sebelum satu hari saya buat keputusan untuk mencuba nasib bermain bola sepak dengan memberitahu kakak dan bermain di Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) merupakan pasukan pertama yang saya beraksi.

“Dari situ, perlahan-lahan saya mencari pengalaman lain dengan bermain bersama Marcerra United di Liga Kuala Lumpur dan kelab NPNG, di Liga Selangor, pada tahun yang sama.

“Tahun depan akhirnya saya mendapat tawaran dari Selangor dan perasaannya pada masa itu tidak dapat digambarkan kerana terlalu gembira, bayangkan daripada liga sosial sahaja, saya dapat mewakili pasukan negeri dan rezeki memang tidak pernah salah alamat,” katanya.

Walaupun masih muda namun Sharul berjaya membuktikan kemampuan bergandingan bersama rakan sepasukan.

Antara pencapaian tertinggi Sharul sepanjang bermain ping pong ialah muncul Naib Johan di peringkat negeri dalam kejohanan Majlis Sukan Selangor (MSSS) pada tahun 2015.

Sharul Nazeem yang berusia 22 tahun mula diberi kepercayaan apabila pemain dari Jerman, Tim Heubach mengalami kecederaan pada perlawanan ketujuh Liga Super ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan mula diturunkan dalam enam perlawanan setakat ini bagi mengemudi barisan pertahanan.

Dia sebelum ini merupakan ketua pasukan di Selangor 2 dan bermain dalam semua perlawanan di Liga Premier dengan rekod 985 minit permainan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: