EURO 2020

Grealish, Maguire kembali cergas


SKUAD England dalam mood ceria apabilanya Jack Grealish dan Harry Maguire kembali cergas untuk aksi kedua EURO 2020.

Three Lions sedang mempersiapkan diri untuk pertandingan klasik menentang Scotland di Wembley, awal pagi esok.

Jurulatihnya, Gareth Southgate berharap kedua pemain itu dapat memberikan impak dalam misi meraih tiga mata penuh.

“Kami tahu kami harus bersaing kerana jika tidak, anda dapat dikalahkan dalam mana-mana pertandingan apapun.

“Bagi para peminat dan kami, ini adalah peluang terbesar tetapi ini juga peluang untuk meraih tiga mata lagi. Tujuan kami adalah mara ke peringkat seterusnya.

“Itulah yang harus kami fokuskan,” katanya dipetik dari The Athletic.

Bek Manchester United, Maguire juga dijangka akan membuat penampilan sejak Mei kerana cedera pergelangan kaki.

“Harry akan bermain esok, keputusan yang harus kita buat adalah, adakah dia akan menjadi pemain utama atau tidak,” tambah Southgate.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading