EURO 2020

Jaringan Forsberg cerahkan laluan Sweden


Gol tunggal Forsberg memastikan kemenangan pertama buat Sweden selepas dua aksi peringkat Kumpulan E, Euro 2020.

 

SWEDEN meraih kemenangan pertama dalam saingan peringkat Kumpulan E, Euro 2020 apabila menewaskan Slovakia, 1-0 di Stadium Saint Petersburg, sebentar tadi.

Gol tunggal jaringan pemain tengah,  Emil Forsberg pada minit ke 77 memastikan tiga mata penting buat skuad bimbingan Jan Andersson untuk mencerahkan laluan memburu kelompok 16 terbaik.

Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Slovakia dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan 57 peratus menguasai saingan berbanding Sweden hanya 43 peratus sahaja.

Walaupun mempamerkan gerakan memburu gol namun kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sepanjang separuh masa pertama untuk kedudukan seri tanpa jaringan.

Babak kedua mempamerkan aksi berlainan terutamanya Sweden yang agresif memburu gol dan akhirnya mereka berjaya apabila penjaga gawang Slovakia, Martin Dubvarka menjatuhkan pemain gantian Sweden, Robin Quaison dalam kotak penalti pada minit ke 75.

Kesebelasan utama Sweden yang turun beraksi menentang Slovakia sebentar tadi.

Forsberg yang ditugaskan mengambil sepakan berkenaan tidak berdepan masalah untuk meletakkan bola dalam gawang gol menewaskan Dubvarka pada minit ke-77.

Berbaki 20 minit terakhir, Slovakia cuba memburu gol penyamaan begitu juga Sweden untuk mengandakan kelebihan jaringan namun keputusan 1-0 kekal sehinggalah tamat perlawanan.

Tiga mata diraih Sweden memastikan mereka memimpin kumpulan selepas dua perlawanan dengan empat mata manakala Slovakia ditangga kedua dengan tiga mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading