EURO 2020

Croatia kembali hidup peluang


Image

CROATIA kembali menghidupkan peluang untuk layak ke pusingan 16 terbaik selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu satu lagi pasukan Balkan, Republik Czech dalam perlawanan di Hampden Park, Glasgow.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza dengan Republik Czech mahu mencari kemenangan kedua seterusnya layak ke pusingan kalah mati manakala Croatia mahu kembali menghidupkan peluang untuk layak.

Perlawanan seimbang disajikan kedua-dua pasukan sebelum video bantuan pengadil menjadi tumpuan pada minit ke-35 dan seterusnya menghadiahkan penalti kepada Republik Czech akibat dari kekasaran Dejan Lovren terhadap Patrick Schick.

Walaupun berdarah hidung, Schick tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-37 dan meletakkan Republik Czech semakin hampir dengan pusingan 16 pasukan terbaik. Ini juga adalah gol ketiga beliau di kejohanan ini.

Bermula babak kedua, naib juara Piala Dunia 2018 itu kembali garang dan akhirnya Ivan Perisic berjaya meledak gol yang begitu cantik pada minit ke-47. Gol itu seakan memberi semangat baharu buat Croatia dengan corak permainan yang lebih pantas.

Serangan demi serangan dilakukan kedua-dua sepanjang separuh masa kedua namun mereka dihampakan oleh ketumpulan barisan serangan dan kekentalan benteng pertahanan.

Kedudukan seri 1-1 ini kekal hingga wisel penamat dan ini menjadikan Republik Czech mengumpul empat mata dari dua perlawanan manakala Croatia kembali menghidupkan harapan untuk kekal dalam kejohanan ini dengan satu mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: