EURO 2020

Scotland tunda hajat England ke Pusingan 16 terbaik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image
Perlawanan klasik England dan Scotland berakhir seri tanpa jaringan.

SCOTLAND menunda kemaraan England ke peringkat 16 terbaik apabila berjaya mengikat The Three Lions 0-0 dalam perlawanan Kumpulan D.

Perlawanan di Stadium Wembley yang berlangsung dalam keadaan hujan itu tidak menjejaskan keseluruhan perlawanan dengan kedua-dua pasukan sering menyerang.

England memperolehi peluang terbaik apabila John Stones yang tidak dikawal menanduk tepat hantaran sepakan sudut Mason Mount ke gawang tetapi terkena tiang gol.

Scotland juga mempunyai beberapa peluang tetapi dinafikan kecemerlangan Jordan Pickford yang berjaya menepis keluar sepakan volley Stephen O’Donnell yang tepat ke arah gawang.

Gareth Southgate melakukan beberapa pertukaran pada babak kedua dengan mengeluarkan Phil Foden dan Harry Kane yang dilihat kurang menyerlah kerana dikawal ketat pertahanan Scotland.

Kekentalan dan disiplin yang diterapkan oleh barisan pertahanan Scotland mengecewakan England yang jelas bergelut untuk mencari gol pendahuluan.

Kedudukan 0-0 kekal hingga wisel penamat dan England terlepas tiket mudah ke pusingan kalah mati. Dengan keputusan ini, Republik Czech kekal ditangga teratas kumpulan dengan 4 mata diikuti England juga dengan 4 mata.

Croatia dan Scotland berjaya meraih satu mata dan keempat-empat pasukan berpeluang layak dan terpaksa menunggu perlawanan terakhir kumpulan yang dijadualkan pada 23 Jun nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: