Bola Sepak

TMJ ambil alih Harimau Malaya, bersediakah FAM?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Imej pejabat JDT yang tersergam indah dan moden memperlihatkan kualiti dan perancangan masa depan.

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menyatakan hasrat kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menguruskan skuad kebangsaan jika diberikan peluang.

Menerusi hantaran di Instagram Story Baginda, TMJ menjelaskan masalah utama yang ada pada skuad kebangsaan adalah kekurangan daya kepimpinan sehingga membuatkan sesetengah pemain tidak mengambil serius apabila mewakili negara.

TMJ bukanlah nama asing dalam dunia bola sepak tempatan. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai  JDT adalah bukti bahawa kepimpinan beliau berjaya memecahkan blok pemikiran lama sehingga JDT dikenali diseluruh dunia.

Pasti ramai yang skeptikal mengapa dahulu ketika memegang tampuk pemerintahan FAM, TMJ tidak mahu menguruskan skuad kebangsaan. Harus diingat misi beliau ketika itu adalah memulihkan statut dan perlembagaan FAM terlebih dahulu.

Kini, TMJ  bebas dari segala entiti termasuk Liga Bolasepak Malaysia (MFL) jadi mungkin sudah sampai masanya untuk beliau berkongsi kepakaran dan kepimpinan beliau di dalam skuad kebangsaan. Kebanyakan pemain negara juga adalah pemain yang bermain untuk Baginda di JDT.

TMJ bukan hanya mahu mengurus secara melulu. Beliau mahu berikan segala fasiliti yang terbaik kepada skuad kebangsaan termasuk menjaga pemakanan, pemulihan dan kesejahteraan pemain.

Beliau  juga mahu melihat semula proses pemilihan pemain naturalisasi kerana semua sedia maklum bagaimana kurang bersedianya dua pemain yang baru dinaturalisasikan dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Idea ini memang kedengaran agak asing tetapi tiada yang mustahil dalam bola sepak. Kerjasama antara semua pihak diperlukan untuk memastikan bola sepak negara lebih maju dan disegani.

Pusat latihan yang dilengkapi peralatan terkini memberikan keselesaan dan keyakinan kepada pemain. (Foto : FB JST)

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: