Bola Sepak

TMJ sedia ambil alih Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan hasrat kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menguruskan skuad kebangsaan jika diberikan peluang.

Menerusi hantaran di Instagram storynya hari ini, Tunku Ismail menjelaskan masalah utama yang ada pada skuad kebangsaan adalah kekurangan daya kepimpinan sehingga membuatkan sesetengah pemain tidak mengambil serius apabila mewakili negara.

“Kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin), izinkan saya untuk memikul tugas dalam skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera kepada anda. Tetapi saya dapat memberi jaminan mengenai peningkatan (prestasi pasukan),” katanya.

Dalam perkembangan sama juga, TMJ mencadangkan agar pengambilan pemain naturalisasi perlu dikawal dan dibuat analisis secara terperinci oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan.

“Hari ini pergi untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi satu misi atau tugas bagi sesetengah orang. Ia seperti percutian musim panas.

“Sistem mesti diubah. Lepas ini naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia mesti dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan. Adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita?

“Sasaran realistik. Selangkah demi selangkah. Setiap langkah positif adalah bonus. Jika keputusan tidak baik, kita bekerja keras,” ujarnya yang juga merupakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: