Bola Sepak

“Bertemu Thailand jadi penentu maruah Harimau Malaya”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain-pemain Harimau Malaya menjalani latihan menjelang perlawanan bertemu Thailand awal pagi Rabu. Foto: FAM

PENGENDALI Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mahu memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia menjelang perlawanan bertemu Thailand awal pagi Rabu ini.

Malaysia bakal turun bermain pada aksi terakhir Kumpulan G Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand sekaligus dianggap sebagai penentu maruah pasukan negara selepas kecewa dalam dua aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.

Cheng Hoe memberitahu, kemenangan ke atas Thailand sekurang-kurangnya dapat menceriakan peminat bola sepas tanah air yang kecewa dengan persembahan skuad Harimau Malaya.

“Saya rasa semua peminat sedar punca kelemahan dalam kekalahan kita dan selepas melakukan post mortem kita tahu perlawanan esok (awal pagi Rabu) menentu kita punya maruah dalam kempen kali ini. Jadi kebab itu pemain perlu memberikan sesuatu keputusan yang positif untuk pasukan dan peminat.

“Kita tahu ramai agak kecewa dengan keputusan tersebut sebab itu kita perlu bangkit daripada kekalahan dan berusaha dapatkan satu keputusan yang baik,” katanya pada sidang media harian Harimau Malaya pada Isnin.

Untuk rekod, Cheng Hoe masih belum pernah tewas kepada Thailand sejak mengambil alih tugas membimbing skuad kebangsaan pada Disember 2017 dengan satu kemenangan dan dua keputusan seri sementara menurut rekod 10 pertemuan terakhir sejak Disember 2010, Malaysia haya memenangi dua perlawanan dan masing-masing tewas dan seri sebanyak empat kali.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: