Bola Sepak

Bintang muda Thailand sedia ranapkan impian Malaysia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Suphanat (kiri) pasti menjadi taruhan Gajah Perang dibahagian serangan merobek gawang Harimau Malaya. (Foto : Bangkok Post)

PENYERANG muda Thailand, Suphanat Mueanta melaungkan amaran awal buat Malaysia apabila tekad membantu pasukan meraih kemenangan pada kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 awal pagi nanti.

Menjadi pilihan utama pengendali Thailand, Akira Nishino untuk menerajui jentera serangan, pemain kelab Buriram United ini turut menjaringkan gol ketika mereka tewas 1-3 kepada UAE.

Jelasnya, dia dan rakan sepasukan kini berazam meraih kemenangan menentang Malaysia untuk mencerahkan slot kelayakan Piala Asia 2023.

“Semua pemain mahu meraih kemenangan (ke atas Malaysia) sekaligus medapat tempat dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

“Kami mahu peminat bola sepak Thailand gembira pada perlawanan kelayakan Piala Dunia terakhir kami,” katanya kepada Bangkok Post.

Thailand dan Malaysia masing-masing tidak berjaya layak ke pusingan ketiga setelah hanya menghuni tangga ketiga dan keempat, jurang mata yang sedikit jauh dengan dua pasukan iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.

Kedua-dua pasukan wajib untuk mengutip kemenangan sekiranya mahu melayakkan diri ke saingan kelayakan Piala Asia 2023 tanpa perlu melalui play-off.

Pada pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, November 2019 lalu, Gajah Perang tewas 1-2 kepada Harimau Malaya.
Thailand meraih keputusan seri 2-2 pada perlawanan pertama ketika berdepan Indonesia sebelum tewas kepada UAE dengan keputusan 3-1 pada perlawanan kedua.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: