Permotoran

Reezal mahu Damok kekalkan prestasi


Reezal memberikan ucapan dan kata-kata semangat buat Damok melalui hantaran FB miliknya.

 

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu pelumba negara, Syarifuddin Azman yang mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol, semalam mengekalkan prestasinya.

Jelas Reezal, aksi berani yang dipamerkan Syarifuddin dipusingan terakhir membuahkan hasil apabila muncul juara bagi perlumbaan berkenaan.

“Tahniah Syarifuddin Azman! Aksi berani beliau pada pusingan terakhir membuahkan hasil muncul juara perlumbaan Moto3 Junior World Championship di Barcelona.

“Sama-sama kita berikan sokongan dan semangat buat beliau. Tahniah Syarifuddin, kekalkan prestasi, FULL GAS untuk perlumbaan seterusnya,” jelasnya menerusi kenyataan melalui laman rasmi FB miliknya.

Pada perlumbaan semalam, Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan ditempat pertama dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading