Permotoran

Pelumba Supermoto negara terbabit kemalangan ngeri di Sepanyol

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yin kini dilaporkan stabil dan menunggu pembedahan selanjutnya, Isnin ini.

PELUMBA Supermoto negara, Khairulamirin Yahaya berdepan detik ngeri apabila terbabit dalam kemalangan semasa seisi latihan pada pusingan akhir kejuaraan Supermoto Sepanyol di Albaida di Sepanyol, Jumaat lalu.

Khairulamirin atau lebih mesra dengan panggilan Rin menimpa dirinya pada seisi latihan terakhir Jumaat lalu apabila dia gagal mengawal jentera dua rodanya dalam kemalangan yang berlaku dengan pantas.

Ekoran kemalangan berkenaan, pelumba berusia 19 tahun itu yang sudah dua tahun berkecimpung dalam Kejuaraan Supermoto mengalami kecederaan arteri dalaman dan pelvis.

Ketika ini Rin telah mendapatkan rawatan di hospital perubatan terbaik di Sepanyol dan berada dalam keadaan stabil serta menunggu pembedahan yang dijadualkan Isnin nanti.

Pasukan perubatan segera memberikan rawatan kepada Yin selepas mengalami kemalangan pada seisi latihan.

 

Yin melakar sejarah sukan permotoran negara apabila muncul pelumba Malaysia pertama beraksi dalam Kejuaraan Supermoto Eropah S4 mewakili Supermotoland Husqvarna Junior Talent Team.

Pelumba berusia 19 tahun yang sudah dua tahun berkecimpung dalam Kejuaraan Supermoto Sepanyol itu melangkah setapak lagi dengan penyertaan sulungnya pada 27 Jun di Grand Prix Abruzzo di Ortona, Itali.

Beliau menyertai Junior Talent Team tahun lalu, akan berlumba dalam kelas S4 (Asphalt) selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada kejuaraan Supermoto Sepanyol yang mencetus minat pasukannya untuk membawa ke kejuaraan Eropah.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: