Antarabangsa

Djokovic semakin hampiri Nadal dan Federer

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Djokovic merangkul gelaran ke-19 menewaskan Tsitsipas.

PILIHAN pertama kejohanan Grand Slam,  Novak Djokovic merangkul gelaran ke-19 dan bergelar pemain lelaki pertama dalam tempoh 52 tahun menang semua kejohanan major sebanyak dua kali selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas pada final Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Djokovic yang merupakan pemain nombor satu dunia itu  bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan Tsitsipas 6-7 (6/8), 2-6, 6-3, 6-2, 6-4.

Walaupun gagal meraih gelaran kejuaraan, Tsitsipas masih boleh berbangga kerana pemain kelahiran Greece yang berusia 22 tahun melangkah ke pentas final buat kali pertama.

Djokovic, 34, kini hanya kurang satu kejuaraan major untuk menyamai rekod sepanjang zaman 20 gelaran dipegang bersama Roger Federer dan Rafael Nadal.

  • Roger Federer = 20 
  • Rafael Nadal = 20 
  • Novak Djokovic = 19

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: