Bola Sepak

“Masuk padang semua ‘nervous’ hilang bila sentuh bola” – Arif Aiman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penampilan Aiman mendapat pujian dengan aksi yang berani. Foto: FAM

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENYERANG muda Arif Aiman Mohd Hanafi berkongsi perasaannya selepas diberi kepercayaan untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya ketika perlawanan bertemu Vietnam pada Sabtu.

Pemain kelahiran Pahang berusia 19 tahun ini tidak menafikan timbul perasaan gementar sebelum dipanggil masuk ke padang sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

“Saya macam ‘nervous’ juga bermain di peringkat antarabangsa. Tetapi sebaik sahaja kaki masuk ke padang, saya tak fikir banyak, lupa perasaan gementar sebab memang ada keyakinan nak main.

“Sebaik sahaja dapat sentuh bola, keyakinan saya semakin bertambah. Memang saya mahu bermain untuk mencari pengalaman di peringkat antarabangsa. Malah sedikit sebanyak aksi bersama kelab saya JDT (Johor Darul Ta’zim) mambantu berdepan dengan perlawanan seperti ini,” kongsinya ketika sidang media harian Harimau Malaya pada Ahad.

Tambah Arif, dia sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk bermain jika diberi peluang.

“Ia terpulang kepada coach Tan. Sekira terus diberi peluang saya mahu memberi yang lebih baik. Dan  jika ada peluang bermain pada aksi lawan Thailand nanti, saya mahu beri habis-habisan sebab itu perlawanan terakhir,” ujarnya yang menganggap pujian yang diterimanya sebagai penambah semangat.

Pada aksi bertemu Vietnam awal pagi semalam, Arif bijak menggunakan peluang itu dengan mempamerkan permainan yang baik, membuka peluang mencari gol dan tidak dinafikan kehadirannya ketika itu menjadikan corak permainan lebih berani di kawasan lawan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: