Bola Sepak

Bersediakah stadium kita disaat kecemasan berlaku?


Insiden ngeri yang berlaku ke atas Eriksen boleh dijadikan sebagai amaran penting kepada kepada semua.

 

SELURUH dunia bola sepak terkejut dan berdukacita dengan insiden yang berlaku kepada pemain antarabangsa Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika perlawanan peringkat kumpulan UEFA Euro 2020 di Copenhagen.

Menurut laporan awal perubatan, nadi Eriksen dikatakan terhenti dan pihak medik dan keselamatan melakukan CPR dan menggunakan mesin AED bagi memastikan beliau berada di dalam keadaan stabil.

Jelas disini kewujudan mesin AED berhampiran tempat kejadian menjadi antara faktor yang menyelamatkan nyawa Eriksen dan mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Eriksen diberi bantuan sebaik sahaja rebah pengsan.

Mesin AED ini adalah mesin perentak jantung mudah alih yang boleh digunakan ketika kecemasan sementara menunggu ketibaan ambulan. Manual penggunaan juga tertera di dalam kotak ini dan ianya mudah untuk digunakan.

Persoalan kini timbul adakah stadium-stadium di negara ini bersedia untuk menghadapi saat kecemasan seperti ini. Jika insiden seperti ini terjadi mampukah pemain ataupun penyokong diselamatkan sebelum menunggu bantuan paramedik.

Melihat kepada hantaran oleh laman Johor Southern Tigers, Stadium Sultan Ibrahim milik penuh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menempatkan lebih 20 unit mesin AED di sekeliling stadium tersebut.

Foto: JDT

Selain itu mereka juga telah melatih Marshall Stadium mereka untuk mahir menggunakan alatan kecemasan kerana mereka adalah barisan hadapan yang akan tiba kepada penyokong jika berlaku kecemasan.

Perkara ini pastinya sudah lama difikirkan oleh pasukan JDT menerusi perancangan rapi mereka ketika pembinaan stadium tersebut. JDT juga sememangnya terkenal dengan fasiliti kelas dunia yang mereka miliki.

Kepentingan alat bantuan kecemasan seperti kotak perubatan, tangki oksigen, alat pemadam api dan mesin AED ini seharusnya menjadi perkara wajib yang perlu ada di setiap stadium kerana malang tidak berbau.

Syabas kepada JDT kerana sentiasa menitikberatkan keselamatan dan keselesaan para pemain dan penyokong yang bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim.

Semoga insiden yang berlaku ini membuka mata pihak berwajib untuk memastikan segala butiran keselamatan stadium dapat dipatuhi dan diselenggara dengan baik.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading