Bola Sepak

Alex Agyarkwa sertai Selangor

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alex hanya akan tiba di Malaysia pada minggu hadapan dan akan menjalani kuarantin selama 14 hari.

SELANGOR FC 2 bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain import baharu Alex Agyarkwa yang didaftarkan sebelum jendela perpindahan kedua ditutup pada 31 Mei yang lalu.

Berusia 20 tahun, pemain kelahiran Ghana ini hadir sebagai pemain yang dipinjamkan selama separuh musim daripada kelab Accra Lions, yang juga merupakan kelab asal Jordan Ayimbila (Selangor FC) dan George Attram (Selangor FC 2).

Untuk rekod, Alex Agyarkwa merupakan antara pemain tonggak pasukan Accra Lions dan telah dinobatkan sebagai ‘Man of The Match’ sebanyak 8 daripada 13 perlawanan sepanjang separuh musim 2021.

Pengarah Sukan Selangor FC, Michael Feichtenbeiner,  pemain berketinggin 172cm yang bermain di Liga Ghana divisyen dua ini bakal mengisi barisan tengah pasukan Selangor FC 2 dengan potensi yang dimilikinya.

“Selepas melihat aksi-aksi terbaik yang dipamerkan oleh Jordan Ayimbila dan George Attram serta hubungan baik bersama kelab Accra Lions, saya telah berbincang dengan pemilik kelab tersebut dan beliau bersetuju untuk meminjamkan Alex Agyarkwa pemain import Selangor FC 2.”

“Alex telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dan sering kali menjadi Man of The Match dalam perlawanan yang disertainya. Beliau juga merupakan seorang pemain yang memiliki pelbagai kemahiran individual yang diperlukan dalam pasukan.”

“Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemain tengah yang fleksibel kerana boleh bermain di posisi nombor 8, 10 dan 6 dengan baik.

“Saya meletakkan beliau di Selangor FC 2 bagi membantu beliau untuk menyesuaikan diri dengan DNA Selangor FC seperti Jordan Ayimbila dan George Attram. Langkah ini perlu untuk mempersiapkan Alex untuk tugas dan cabaran yang lebih besar di kelab ini.”

Walau bagaimanapun, Alex hanya akan tiba di Malaysia pada minggu hadapan dan akan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum mula dibenarkan untuk menyertai latihan pasukan Selangor FC 2 pada awal bulan Julai nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: