EURO 2020

Jerman dalam kumpulan ‘gila’, sukar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image
Mats Hummels dan Thomas Muller kembali dipanggil perkuat Jerman.

JURULATIH Jerman, Joachim Low menyatakan pasukannya berada dalam satu kumpulan yang sukar untuk kempen EURO 2020.

Apa tidaknya, Jerman diletakkan bersama dengan juara bertahan Portugal, juara Piala Dunia Perancis dan pesaing yang tidak kurang hebatnya, Hungary.

Lelaki berusia 61 tahun itu menuntut anak buahnya untuk memberikan segala-galanya dan tidak boleh melakukan kesilapan supaya dapat meraih hasil maksima.

“Menghadapi lawan-lawan ini (Portugal, Perancis dan Hungary), anda harus memberikan segalanya, anda tidak boleh membuat kesalahan. Jika penumpuan anda tidak sepenuhnya, mereka akan memanfaatkan peluang itu tanpa sebarang belas kasihan.

“Pertahanan kami harus padu. Tanpa kehilangan dorongan untuk menyerang, kami harus melakukan transisi dengan baik,” kata Low dipetik dari Marca.

Ditanya tentang kekuatan lawannya, Low menjawab: “Kami mengenali Perancis sangat baik. Mereka adalah pasukan terbaik di dunia kerana mampu menyesuaikan diri dengan lawan.

“Mereka sangat fleksibel. Para pemain Perancis memiliki kualiti individu yang luar biasa dan sukar dijangka.

“Sementara itu, Portugal memiliki kekuatan serangan yang hebat dan bermain di level yang sangat tinggi sejak 2016. Mereka merupakan skuad yang dipenuhi pemain penuh kemampuan dan berkualiti,” ujarnyan.

Dalam edisi kali ini, Low memanggil kembali Mats Hummels dan Thomas Muller untuk menambah sengat Jerman dalam usaha mereka menjadi juara Eropah.

Jerman perlu memenangi aksi pembukaan melawan Perancis, pada Rabu supaya menjadi modal penting untuk bertemu dengan Portugal tiga hari kemudian sebelum melengkapkan jadual menentang Hungary.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: