EURO 2020

Presiden Perancis tagih magis N’Golo Kante

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PARIS, FRANCE - JUNE 08: Ngolo Kante of France warms up befofe the international friendly match between France and Bulgaria at Stade de France on June 08, 2021 in Paris, France. (Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron mendoakan segalanya berjalan lancar buat N’Golo Kante di Euro 2020. Macron juga berharap Kante dapat membawa negaranya juara, termasuk memenangi Ballon d’Or.

N’Golo Kante tersenarai dalam skuad utama pasukan kebangsaan Perancis di Euro 2020. Tenaga Kante semestinya diperlukan sebagai tembok utama barisan pertahanan.

Kante miliki stamina dan fizikal yang kuat. Walaupun tubuhnya kecil, Kante cekap mengawal bola termasuk perebutan di udara dan melakukan terjahan bersih ke atas pemain lawan.

“Kante adalah seorang pemain hebat. Dia adalah contoh untuk seluruh anak-anak muda di negeri ini.

“Semoga dia berjaya membawa pasukan menjuarai Euro, setelah melalui musim yang sukses,” kata Macron seperti dilapor dari ESPN.

N’Golo Kante kini sudah menjadi sebahagian skuad Perancis dalam menjuarai Piala Dunia 2018.

Jika berjaya dalam kempen Euro 2020, maka trofi juara berprestij lengkap buat Kante.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: