Antarabangsa Bola Sepak

N’Golo Kante layak menang Ballon d’Or


Image

BINTANG tengah Manchester United, Paul Pogba, mendukung wira Chelsea sekaligus rakan sepasukannya di pasukan kebangsaan Perancis, N’Golo Kante, untuk memenangi gelaran individu paling berprestij di dunia, Ballon d’Or 2021.

Kante dihimpit isu kecederaan pada musim 2019/20 dan pemain berusia 30 tahun itu pun pernah digosipkan akan dilepaskan Chelsea.

Akan tetapi pada musim 2020/21, Kante terus menggila, terutamanya di Liga Juara-Juara.

Kante terpilih sebagai ‘Man of the Match’ pada dua perlawanan separuh akhir melawan Real Madrid termasuk aksi final mengalahkan Manchester City dengan keputusan 1-0.

“Apa yang ingin saya katakan kepada seluruh dunia adalah bahawa ‘NG’ yang telah kita lihat dalam beberapa bulan terakhir adalah sama.

“Kami banyak bercakap tentang penampilannya, tapi dia memang mahu bermain cemerlang berbanding sebelumnya.

“Tidak ada Cristiano (Ronaldo) dan (Lionel) Messi di separuh akhir. Jadi bagus untuk kita melihat penampilan pemain tengah atau pertahanan,”  kata Pogba kepada Eurosport.

Pada Euro 2020, Pogba dan Kante akan berganding bahu membantu Les Bleus yang diletakkan dalam Kumpulan F bersama Portugal, Jerman dan Hungary.


Add Comment

Click here to post a comment