Bola Sepak Semasa Terkini

Big Boss JDT ‘sound’ Davies berhenti main media sosial, terus bekerja

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Skuad Harimau Malaya bakal meneruskan aksi bertemu Vietnam 11 Jun ini . Foto FAM

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

SEBELUM ini ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe sentiasa menasihatkan pemain-pemainnya supaya kurangkan bermain media sosial ketika bersama skuad negara.

Ia berikutan bagi menjaga menjaga emosi dan mental berikutan ada komen-komen yang dilemparkan netizen boleh mengganggu fokus ketika perlawanan.

Dan nasihat Cheng Hoe itu diambil berat oleh pemain-pemain yang menyaksikan mereka sudah perlahan mengemaskan kini status di laman sosial masing-masing.

Namun hari yang kurang baik buat pemain pertahanan negara Matthew Davies  apabila kena ‘sound’ dengan pemilik  kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas dia mengemaskini status di Instagramnya.

Pemain JDT itu muatnaik status  selepas beberapa jam pasukan Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi Jumaat.

“Time to fix our mistake and bounce back stronger, all focus on the important games ahead”.

Selepas dua jam memuatnaik status itu, TMJ memberi komen yang ‘menusuk kalbu’ apabila menyuruh pemain itu menutup media sosial dan bekerja.

Mengambil maklum komen yang dibuat TMJ itu, Davies terus memadam statusnya.

Larangan untuk aktif bermain media sosial dalam sesuatu tempoh tertentu untuk pemain-pemain bukan perkara pelik.

Sebelum ini ketua jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad turut mengambil langkah melarang pemain-pemainnya membaca surat khabar menjelang perlawanan akhir Piala FA bertemu Kedah pada tahun 2015.

Manakala bagi pasukan bola sepak Eropah, terutamanya Liga Perdana Inggeris (EPL) turut menganjurkan ‘boikot’ media sosial selama 81 jam April lalu bagi mengurangkan komen berunsur’penderaan rasis’ terhadap pemain-pemain.

Skuad negara kini berada di Dubai bagi saingan Pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi Kumpulan G.

Aksi pertama bertemua UAE menyaksikan mereka tewas 4-0 manakala bakal menerusia saingan bertemu Vietnam pada 11 Jun ini sebelum perlawanan akhir kumpulan menentang Thailand pada 15 Jun.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: