Antarabangsa Bola Sepak Gaya Hidup

Kerana iklan burger, Hazard kena kecaman ‘berjemaah’ netizen


Image
Foto iklan Eden Hazard ini menjadi perbincangan hangat di media sosial.

PEMAIN antarabangsa Belgium,  Eden Hazard menjadi trending perbincangan hangat netizen di media sosial.

Ia selepas viral sekeping fotonya sedang menunjukkan ekspresi keghairahan melihat hamburger dengan sebuah syarikat makanan restoran makanan segera, McDonald’s.

Hazard, yang berdepan kesukaran bersama Real Madrid, menjadi salah seorang model McDonalds. Bersama rakan-rakannya di skuad kebangsaan Belgium, Hazard menjadi model untuk produk makanan burger.

Uniknya, burger itu sendiri dinamakan The Red Devils, yang juga gelaran Belgium dan Hazard dipilih untuk menjadi model pemasarannya.

Namun, foto Hazard itu mencetuskan kemarahan penyokong yang kurang senang melihat pemain berusia 30 tahun itu menjadi model menu makanan burger. Dalam foto tersebut, Hazard nampak begitu bernafsu melihat burger di depannya.

Ini bukan pertama kali Hazard dikaitkan dengan burger. Restoran Burger King juga menyindirnya dengan menu kegemarannya, ketika dia berehat panjang gara-gara ditimpa kecederaan.

Sekarang anda sudah tahu kan fakta mengapa Hazard di kecam ?

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: