PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemaskini laman Facebook mereka mengenai pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools yang telah bersama pasukan di Dubai, UAE, hari ini.
Perkembangan terbaharu ini dinyatakan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.
“Dion Cools secara rasmi sah diumum sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.
“Ini berikutan selepas segala proses dokumentasi di peringkat FIFA dan AFC, terutamanya berhubung status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain telah selesai,” katanya.
Tambah Hamidin, dengan kehadiran beliau, dia akan dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya.
“Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk beroleh kejayaan,” ujarnya lagi.
Add Comment