
GABUNGAN dua watak berpengalaman dari Jepun diharapkan dapat mengubah nasib pasukan Kemboja menjelang aksi Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bermula 3 Jun ini.
Sejak 2018, Keisuke Honda sudah menjadi sebahagian daripada pengurusan pasukan Kemboja apabila bekas pemain legenda Jepun ini dilantik sebagai pengurus walaupun dalam masa sama ketika itu dia juga bergelar pemain bersama beberapa buah kelab di Eropah.
Dan terbaharu, kehadiran ketua jurulatih baharu juga dari Jepun, Ryu Hirose sejak Mac lalu menggantikan Felix G.Dalmas yang telah tamat kontraknya diharap bakal memberi kelainan pada aksi penting ini pasukan Kemboja itu.
Sebelum ini,, nasib tidak menyebelahi The Angkor Warriors apabila tewas tiga aksi dan seri ke atas Hong Kong pada aksi pertama pusingan kelayakan ini yang menyaksikan Kemboja kini berada di kedudukan tercorot kumpulan.
Secara realistik tugas berat buat pasukan ini untuk mara ke pusingan seterusnya kerana perlu bergelar naib juara kumpulan yang kini dipegang oleh Bahrain (9 mata), manakala Iraq pula menguasai teratas dengan 11 mata selesa.
The Cambodia national team held a training session with general manager Keisuke Honda and head coach Ryu Hirose. pic.twitter.com/gHvBJHkmsz
— Asian Football (@AsianFootballs) May 31, 2021
Kemboja akan membuka perlawanan pusingan kedua ini dengan bertemu Bahrain yang menyaksikan mereka tewas 0-1 aksi pertama setahun lalu di Phnom Penh.
Seterusnya cabaran makin sengit dengan bertemu Iraq sekali lagi pada 7 Jun selepas tewas 4-0 pada Oktober 2019.
Manakala perlawanan terakhir kumpulan bertemu Iran (6 mata) yang bakal mengimbas kembali kekalahan besar 14-0 di Tehran sebelum ini.
Antara pemain Kemboja yang bakal menjadi tumpuan perlawanan ini ialah Keo Sokpheng yang menjaringkan gol tunggal negaranya ketika aksi menentang Hong Kong pada 2019.
Selain bermain di posisi tengah, bekas pemain Liga Malaysia pasukan PKNP (2018) ini juga boleh beraksi di bahagian sayap.
Add Comment