Bola Sepak Terkini

Jodoh Fernando bersama Jang tidak panjang.


Fernando merekodkan 11 penampilan liga bersama NSFC sejak Mac lalu.

Oleh : Subkhi Sudarji

JODOH pertahanan import dari Brazil, Fernando Barbosa yang dibawa masuk pada awal musim 2021 bagi memperkuatkan Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak berpanjangan apabila khidmatnya ditamatkan lebih awal.

Sepanjang musim ini, Fernando yang berusia 29 tahun merekodkan 11 penampilan liga bersama NSFC sejak Mac lalu, selepas tiba dari Al-Jahra FC(Kuwait).

“Terima kasih diucapkan kepada pemain pertahanan dari Brazil, Fernando Barbosa, 29, di atas khidmat dan jasa sepanjang bersama pasukan Hobin Jang Hobin musim ini.

“NSFC dan Fernando telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan tempoh perkhidmatannya lebih awal bagi baki saingan Liga Malaysia 2021,” jelasnya kenyataan menerusi laman rasmi FB pasukan NSFC.

Sepanjang kerjaya, Fernando pernah beraksi di pusingan kelayakan Liga Europa bersama Gzira United FC pada 2019, sebelum bermain untuk Al-Jahra FC di Liga Premier Kuwait untuk musim 20/21

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: