Badminton Semasa Terkini

“Malaysia is proud of you all”!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wan Arif – Haikal menjuarai kejohanan Terbuka Austria. Foto: BAM

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu muda negara Wan Arif Junaidi dan Haikal Nazri berikutan menjuarai Terbuka Austria awal pagi Isnin.

“Tahniah kepada pasukan beregu muda negara, Choong Hon Jian – Toh Ee Wei dan Wan Arif – Haikal Nazri di atas kejuaraan di Austria Open 2021 awal pagi tadi!

“Syabas juga kepada pasukan Anna Cheong – Yap Cheng Wen yang merangkul tempat kedua beregu wanita. Malaysia is proud of you all,” tulis Reezal di laman Facebooknya.

Wan Arif-Haikal, masing-masing dari Terengganu dan Kelantan, baru dinaikkan ke skuad senior awal tahun ini muncul juara selepas menundukkan pilihan kelima yang juga pasangan veteran Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar 21-17, 21-15 dalam masa 39 minit.

Ini juga hadiah terbaik untuk Wan Arif yang akan menyambut harijadinya yang ke-19, Ahad depan.

Kejuaraan ini juga sedikit sebanyak menebus kehampaan gandingan itu yang tidak dapat beraksi di Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu yang dibatalkan akibat pandemik Covid 19, di mana mereka disandar membawa pulang gelaran.

Sementara itu, impian melihat Malaysia meraih gelaran ketiga di Terbuka Austria tidak kesampaian apabila Anna Cheong-Yap Cheng Wen tewas di final beregu wanita.

Mereka tewas 11-21, 16-21 kepada gandingan Indonesia, Ni Ketut Mahadewi Istarani-Serena Kani dalam pertarungan yang berlangsung 43 minit.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: