Antarabangsa Permotoran Semasa

Moto3 : Jason Dupasquier pergi buat selama-lamanya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PELUMBA Moto3 dari pasukan PrustelGP, Jason Dupasquier, meninggal dunia akibat terlibat kemalangan semalam

Dupasquier mengalami kecelakaan apabila motornya bergesel dengan penunggang Red Bul KTM Tech3, Ayumu Sasaki di Litar Mugello.

Turut terlibat insiden itu adalah wakil Indonesia Gresini Racing, Jeremy Alcoba.

Sesi kelayakan terus dihentikan, dan pelumba asal Switzerland diberikan bantuan serta-merta.

Setelah menjalani rawatan, laman rasmi MotoGP memaklumkan Dupasquier telah meninggal dunia.

Memetik laporan Leggo, Dupasquier mula diperkenalkan dengan dunia perlumbaan pada usia lima tahun. Pada 2015, dia mengikuti kejuaraan Adac Junior Cup yang dikhususkan untuk para pelumba muda.

Dupasquier kemudian berjaya muncul juara Ada Junior Cup tahun 2016. Pada 2017, Dupasquier kembali mencatat prestasi dengan menjadi juara North European Cup di kelas Moto3.

Jason Dupasquier gagal debutnya bersama Red Bull Rookies Cup pada tahun 2018. Dia mengalami patah tulang paha kiri ketika pelumbaan pada pusingan kedua Kejuaraan Dunia Moto3.

Dupasquier muncul pada 2019 dan menyelesaikan Kejuaraan Dunia Junior di kedudukan kelapan carta. Pencapaian terbaiknya di pusingan Jerez dengan menamatkan pada kelompok keempat.

Dupasquier kemudian memulakan debut Kejuaraan Dunia Moto3 tahun 2020 bersama skuad Prustel GP dengan nombor motor 50 tanpa sebarang mata.

Pada Moto3 2021, dia berada di posisi ke-10 senarai pelumba dengan 27 mata dari lima pusingan yang sudah berlangsung.

Penampilan terbaik Dupasquier dapat dilihat apabila tampil di MotoGP Sepanyol dengan mengakhiri posisi ketujuh.

Bagaimanapun, Dupasquier kini tak dapat lagi meneruskan perlumbaan buat selama-lamanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: