PENDAHULU semasa MotoGP dunia, Fabio Quartararo terus cemerlang dengan menyambar petak utama buat kali keempat berturut-turut pada perlumbaan Grand Prix (GP) Itali sebentar tadi.
Penunggang Yamaha itu mengenepikan cabaran pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang sebelum itu mencatat masa terpantas dalam ketiga-tiga sesi latihan.
Pelumba asal Perancis itu merakam kepantasan 1 minit, 45.187 saat, 0.230s mengatasi Bagnia.
Add Comment