Antarabangsa Permotoran

Marc Marquez kena minum antibiotik ?


MARC Marquez akui terpaksa menahan sakit ketika mengikuti hari pertama sesi latihan bebas MotoGP Itali 2021.

The Baby Alien memberitahu tidak selesa pada bahagian lengan kanan dan bahunya.

Akibatnya, Marquez meraih keputusan kurang baik dalam dua sesi latihan bebas di Litar Mugello.

Penunggang pasukan Repsol Honda itu turut terkeluar daripada 10 kelompok besar.

“Sehingga kini saya harus minum antibiotik, tapi boleh saja menghentikannya setelah pemeriksaan kesihatan berikutnya iaitu, selepas GP Catalunya minggu depan.

“Mengenai ketidakselesaan di bahu, saya perlu menjalani pemeriksaan bersama doktor. Kami perlu mencari apa yang berlaku sebenarnya pada bahu. Saya harus lebih bersabar,” ujar Marquez, dipetik dari Speedweek.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading