Antarabangsa Bola Sepak

Brentford sambar tiket promosi EPL 2021/22

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BRENTFORD menamatkan kemarau 74 tahun untuk beraksi dalam pentas tertinggi Liga Inggeris apabila berjaya meraih tiket terakhir pada final playoff Championships sebentar tadi.

Beraksi di Wembley, Brentford menumpaskan Swansea 2-0 menerusi gol Ivan Toney dan Emiliano Marcondes pada babak pertama.

The Bees akan mengiringi Norwich City dan Watford yang terlebih awal layak ke EPL musim depan.

Pada perlawanan itu, seramai 12,000 orang hadir, dengan 5,000 penyokong dari setiap kelab, dan promosi bernilai 160 juta pound diberikan kepada pemenang.

Bagi Swansea, mereka gagal kembali ke liga elit selepas ‘menjauhkan’ dari Liga Perdana Inggeris selama tiga tahun setelah penyingkiran pada 2018.

Brentford yang tewas di final kepada Fulham tahun lalu berhasil mengakhiri sembilan kempen playoff tanpa kejayaan dengan nota kecemerlangan.

Syabas Brentford !!


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: