Semasa Sepak Takraw Terkini

Nasib PSM ditentukan hari ini.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

STATUS Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan diketahui hari ini apabila Pesuruhjaya Sukan  (PJS) akan mengadakan sidang media berkaitan isu tersebut yang kini menghangatkan arena sukan tempatan.

Pesuruhjaya Sukan PJS, Ibrahim Mohd Yusof akan mempengerusikan sidang media berkenaan bagi membincangkan berkaitan isu Persatuan Sepak Takraw Malaysia(PSM).

Terdahulu PSM  boleh dianggap sudah ‘berkubur’ selepas disingkirkan sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin ASTAF (ASTAFDP), Yogender Singh Dahiya dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai selepas sesi pendengaran yang dijalankan secara maya, hari ini yang turut membabitkan wakil dari India, Indonesia, Iran, Jepun, Malaysia, Pakistan dan Thailand susulan pertuduhan yang dikenakan ke atas PSM.

Dalam sesi pendengaran itu, PSM didapati bersalah susulan tindakan presiden badan induk itu, Datuk Seri Ahmad Ismail di atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 24 Februari lalu.

ASTAFDP melihat tindakan itu jelas melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF seperti dimeterai pada 14 Mac 2008.

Selain itu keputusan penarikan diri beberapa persatuan dari PSM selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PSM susulan kemelut yang melanda dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Antara beberapa persatuan negeri yang menyatakan pendirian berkenaan ialah, Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS),  Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (PESTAK), Persatuan Sepak Takraw Perak (PERSEDAR), Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: