Antarabangsa Badminton Semasa Terkini

Empat beregu teruskan cabaran negara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Siti Nurshuhaini Azman

PEMAIN perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman meneruskan cabarannya di Kejohanan Antarabangsa Slovenia apabila melepasi halangan suku akhirnya untuk layak ke separuh akhir.

Turut mengiringinya adalah beregu lelaki, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe, dua beregu wanita, Cheng Su Hui-Chen Su Yin, Low Yeen Yuan-Valeree Siow serta beregu campuran, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei.

Siti Nurshuhaini, satu-satunya pemain negara yang beraksi memakai tudung, mara selepas bangkit menundukkan pilihan kelapan, Vivien Sandorhazi dari Hungary 15-21, 21-15, 21-13.

Dia kini akan berdepan pemain Indonesia, Mutiara Ayu Puspitasari yang mara selepas mencatat kemenangan mudah ke atas wakil tuan rumah, Petra Polanc 21-15, 21-16, untuk mencari tiket ke final.

Chun Meng-Boon Zhe juga terpaksa bermain dalam tiga set sebelum menang 19-21, 21-15, 21-11 ke atas Ondrej Kral-Adam Mendrek dari Republik Czech.

Di separuh akhir, mereka akan menentang pasangan Indonesia, Muh Putra Erwiansyah-Patra Harapan Rindorindo yang mara selepas mengetepikan beregu Bulgaria, Ivan Rusev-Iliyan Stoynov 21-11, 21-14.

Namun cabaran, gandingan muda, Wan Arif Junaidi-Haikal Nazri berakhir apabila tewas kepada pasangan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 25-23, 21-16.

Kembar Su Hui-Su Yin menempah tiket mereka selepas menundukkan Polina Buhrova-Yana Sobko dari Ukraine 21-11, 21-16, untuk berdepan pilihan ketiga, Isabella Nielsen-Marie Louise Steffensen di separuh akhir.

Yee Yuan-Valeree pula mengejutkan pilihan kedua, Alzbeta Basova-Michaela Fuchsova dari Republik Czech 21-17, 21-18 dan kini akan berdepan pasangan Ukraine, Maria Stoliarenko-Yelyzaveta Zharka.

Juara bergu campuran Terbuka Poland, Choong Hon Jia-Toh Ee Wei juga memastikan tiket mereka ke separuh akhir selepas menang 21-18, 21-9 ke atas pasangan Denmark, Oscar Sunekaer-Mette Werge.

Di separuh akhir, mereka akan menentang gandingan campuran Denmark-Sweden, Kristoffer Knudsen-Malena Norrman yang mengejutkan pilihan utama, Philip Birker-Katharina Hochmer dari Austria 21-17-21-16.

Dua lagi wakil negara, Haikal-Yeen Yuan dan Boon Zhe-Su Yin pula tewas kepada lawan masing-masing di suku akhir.

Haikal-Yeen Yuan tewas 17-21, 18-21 di tangan pasangan Indonesia, Muh Putra-Sofy Al Mushira Asharunnisa manakala Boon Zhe-Su Yin kalah kepada gandingan Denmark, Andreas Sondegaard-Marie Louise 21-13, 21-16.

Aksi separuh akhir akan bermula pukul 4 petang waktu Malaysia manakala final pula dilangsungkan pada malam ini juga.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: