Bola Sepak Terkini

Masalah padang Stadium MBPJ dijangka selesai


Keadaan padang pada aksi Selangor FC menentang Terengganu FC, bulan lalu.

KEADAAN padang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menjadi  venue tuan rumah kepada dua pasukan Liga Malaysia  iaitu Petaling Jaya City dan Selangor FC pada musim ini dijangka sempat dibaik pulih sebelum saingan kembali bersambung Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata , kekerapan penggunaan venue terbabit pada bulan puasa selain cuaca hujan menyebabkan padang rosak teruk.

“MFL sedia maklum padang berkenaan terlalu kerap digunakan sepanjang Ramadan dengan sekurangnya empat perlawanan berlangsung dalam tempoh seminggu.

“Malah, Selangor 2 yang sebelum ini beraksi di Stadium Selayang turut menggunakan venue berkenaan kerana mereka tidak boleh bermain pada waktu petang.

“Kekerapan hujan turut menyumbang kepada faktor stadium terbabit rosak dan MFL akan memantau proses baik pulih supaya boleh digunakan menjelang sepak mula Liga M Julai depan,” katanya.

Selangor FC dijangka menggunakan venue berkenaan untuk tempoh sekurangnya dua tahun lagi memandangkan Stadium Shah Alam masih lagi dalam proses baik pulih.

Selain itu, Selangor FC 2 pula terpaksa menggunakan MBPJ sepanjang tempoh Ramadan lalu berikutan Stadium Selayang tidak boleh digunakan pada waktu malam.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading