Sepak Takraw Terkini

PERSEDAR pula tarik diri


PERSATUAN Sepaktakraw Perak Darul Ridzuan (PERSEDAR) mengambil maklum dan memandang serius akan keputusan yang telah dibuat oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) berhubung penyingkiran Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungannya pada 20 Mei 2021.

Jelas PERSEDAR, penyingkiran ini secara tidak langsung akan menjejaskan sukan sepaktakraw negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, bagi memastikan kelangsungan pembangunan sukan sepaktakraw negara, PERSEDAR melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang telah diadakan pada 21 Mei 2021 memutuskan penarikan diri daripada ahli gabungan PSM berkuatkuasa serta-merta.

“Dalam pada masa yang sama, PERSEDAR menyokong usaha penubuhan persatuan badan induk negara yang baru bagi memastikan kelangsungan sukan sepaktakraw terus maju ke hadapan.

“PERSEDAR setulus hati ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada PSM serta
kepimpinannya atas usaha dan bakti yang telah ditaburkan kepada sukan sepaktakraw
negara sepanjang penubuhannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: