Antarabangsa Bola Sepak

Krisis politik, Colombia batal jadi tuan rumah Copa America


Mungkin imej satu orang atau lebih, dinding batu dan kawasan luar

COLOMBIA tidak akan lagi menjadi  tuan rumah bersama untuk Copa America 2021, CONMEBOL mengesahkan pada Khamis.

Negara tersebut akan menganjurkan kejohanan bersama dengan Argentina, termasuk aksi final pada 10 Julai yang akan berlangusng di Estadio Metropolitano milik Barranquilla.

Namun, gelombang protes di tengah krisis politik pemerintahan Colombia memaksa CONMEBOL selaku badan induk bola sepak Amerika Latin menarik status mereka sebagai tuan rumah setelah permohonan untuk menunda Copa pada bulan November ditolak.

“Berhubung dengan permintaan rasmi kerajaan Colombia untuk menjadual kembali CONMEBOL Copa America pada November, CONMEBOL ingin membuat kenyataan bahawa dengan pertindihan pertandingan antarabangsan dan logistik kejohanan, maka Copa America 2021 tidak mungkin ditunda ke November.

“CONMEBOL berterima kasih atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh Presiden Republik Colombia, Ivan Duque dan rakan sekerja, serta Presiden Persekutuan Bola Sepak Colombia, Ramon Jesurun, dan pasukannya.

“Kami yakin di masa depan akan ada plan baru yang akan muncul demi pertumbuhan bola sepak Colombia dan Amerika Latin,” kata persatuan itu menerusi laman rasmi.

Copa America, akan berlangsung pada 13 Jun depan dan hanya melibatkan 10 negara asal CONMEBOL selepas dua pasukan jemputan,  Australia dan Qatar menarik diri.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading