Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Mental jangan koyak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cheng Hoe akan menilai prestasi fizikal dan mental pemainnya dalam dua siri perlawanan persahabatan 23 dan 28 Mei nanti.

Oleh : Subkhi Sudarji

DUA perlawananan persahabatan menentang Kuwait pada 23 Mei nanti dan Bahrain di Manama selang lima hari kemudian akan dimanfaatkan sepenunya Tan Cheng Hoe bagi menguji serta mengenalpasti keserasian taktikal dan juga mental barisan pemainnya.

Menyedari tekanan yang pasti diberikan khususnya UAE pada aksi pertama di Stadium Zabeel, Dubai pada 3 Jun nanti ini merupakan peluang terbaik buat pemain skuad kebangsaan untuk cuba menyesuaikan diri berhadapan dengan pasukan seumpama Kuwait ini.

Bagi Cheng Hoe, pemain perlu tahu cabaran kali ini berbeza kerana kita bermain jauh dari negara dan tanpa sokongan dari penonton.

“Beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan kali ini akan memastikan keserasian dari segi taktikal. Dari sini kita mengharapkan keputusan positif untuk menghadapi baki tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan nanti.

“Saya rasa pemain perlu kuatkan dari segi mental dan juga fizikal untuk hadapi UAE, Vietnam dan juga Thailand,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe mengakui barisan pemain yang dibawa kali ini membabitkan pemain naturalisasi, kacukan dan pemain yang beraksi diluar negara merupakan himpunan terbaik.

“Kalau kita lihat diatas kertas kita dapat kumpulan barisan terbaik di semua posisi,tapi itu hanyalah diatas kertas.

” Untuk bermain sebagai satu pasukan dimana keserasian itu penting,” tegasnya.

Harimau Malaya kini dibarisi beberapa pemain naturalisasi, kacukan serta beraksi diluar negara seperti Liridon, De Paula, Eldstal, Brendan Gan, Mohamadou Sumareh, Dominic Tan, Corbin Ong, Matt Davies ,Samuel Somerville dan Luqman Hakim.

Untuk rekod, bagi aksi kelayakan, skuad Harimau Malaya akan bertemu tuan rumah UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum (11 Jun) dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum (15 Jun).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: