Antarabangsa Permotoran

Nikmat kebahagian Rossi dah berakhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Petronas Yamaha SRTs Italian rider Valentino Rossi waits on the grid, prior the French MotoGP, on May 16, 2021, in Le Mans, northwestern France. - (Photo by JEAN-FRANCOIS MONIER / AFP)

BEKAS juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo menilai Valentino Rossi tidak lagi merasai nikmat kebahagian seperti zaman kegemilangan.

Menurut Lorenzo, kesukaran Rossi bersaing lebih kompetitif adalah disebabkan faktor usia yang sudah tua.

Prestasi Rossi menurun drastik selepas menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga pada musim 2018.

Semusim berikutnya, Rossi mengakhiri musim ketujuh selepas dua kali naik podium, kemudian merakam keputusan terburuk dalam kariernya di MotoGP apabila sekadar berada di posisi ke-15 pada tahun lalu.

“Sekarang atau mungkin dalam beberapa tahun ini, dia tidak lagi dapat melakukannya kerana adanya banyak pelumba muda yang sangat bagus.

“Kesukaran dia? Semestinya dia sedar telah memasuki usia 42 tahun! Anda mulai merasakannya ketika anda berusia 30, 32, 34, apatah lagi 42 tahun.

“Saya ingin melihat adakah pelumba lain dapat melakukan seperti dia pada usianya. Apa yang sedang dia lakukan itu unik seperti yang sudah saya katakan sebelum ini,” kata Lorenzo kepada Moto.it.

MotoGP 2020 menandakan berakhirnya kerjasama Rossi dengan Yamaha, pasukan utama yang sudah disertainya selama 15 tahun.

Pasukan dari Jepun itu memilih untuk menggantikan Rossi dengan penunggang yang lebih muda, Fabio Quartararo.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: