Antarabangsa Semasa Sepak Takraw

PSM disingkirkan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

PERSATUAN  Sepak Takraw Malaysia (PSM) disingkirkan sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan ini dicapai selepas sesi pendengaran yang dijalankan secara maya, hari ini yang turut membabitkan wakil dari India, Indonesia, Iran, Jepun, Malaysia, Pakistan dan Thailand susulan pertuduhan yang dikenakan ke atas PSM.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin ASTAF (ASTAFDP), Yogender Singh Dahiya berkata,  PSM didapati bersalah susulan tindakan presiden badan induk itu, Datuk Seri Ahmad Ismail di atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 24 Februari lalu.

“ASTAFDP melihat tindakan itu jelas melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF seperti dimeterai pada 14 Mac 2008.

“Dengan rasa dukacita, ASTAF terpaksa membuat keputusan yang sukar ini tetapi ia perlu dilakukan bagi kebaikan komuniti sukan sepak takraw. Ia juga bagi memberi isyarat kepada komuniti sukan ini bahawa tingkah laku yang tidak bertanggungjawab tidak boleh dimaafkan,” ujarnya menerusi kenyataan akhbar yang disiarkan.

Pasukan pendakwaan ASTAF diketuai John Vijayan Vasavan. Seramai tiga orang saksi dipanggil bagi memberi keterangan dengan tiada wakil PSM menghadirinya.

Namun PSM diberi tempoh 14 hari bagi mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan itu dan sekiranya gagal melakukannya, badan induk berkenaan dianggap bersalah dan akan disingkirkan serta-merta.

“Jika PSM memilih untuk membuat rayuan, mereka perlu membayar sebanyak AS$2,000 (RM8,292) sebagai yuran bersama dengan rayuan,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: