Bola Sepak Terkini

Dari Selatan ke negeri di Bawah Bayu.. Tahniah


 

Syazwan menyertai JDT pada 2019 dari bekas majikannya KLFA.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

BEKAS pertahanan skuad B23 dan kebangsaan, Syazwan Andik yang kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat pemain terbaik yang mampu mengisi masalah posisi pertahanan kiri Sabah FC.

Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, seandainya perkhabaran ini benar ia sudah pasti memberikan pilihan buat pasukan ketika ini.

“Memang ketika ini pasukan kekurangan pemain diposisi pertahanan kiri, memang kita perlukan pemain seperti Syazwan Andik ini,” ujarnya kepada CAKAPSUKAN.

Difahamkan perbincangan membawa masuk bekas pemain Kuala Lumpur secara pinjaman ke Sabah FC pada jendela perpindahan kedua sedang dijalankan.

Untuk rekod, Syazwan banyak beraksi bersama skuad JDT II dalam saingan Liga Perdana memandangkan slot di Liga Super dikuasai La’Vere Corbin-Ong yang terlalu ampuh untuk dicabar di posisi pertahanan kiri.

Di JDT II,  dia bersaing hebat dengan bekas pemain skuad B-19 tahun negara, Umar Hakeem bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: