Bola Sepak Terkini

Ketibaan Luqman di Dubai lengkapkan barisan skuad Harimau Malaya


 

Luqman tiba di Dubai awal pagi Jumaat.

LENGKAP! Ketibaan Luqman Hakim Shamsudin di Dubai awal pagi Jumaat melengkapkan senarai penuh 25 pemain skuad negara.

Penyerang muda itu terbang dari kelabnya K.V Kortrijk, Belgium untuk bersama rakan sepasukan bagi mengharungi saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula Jun ini.

Pada Khamis, skuad negara bersama pegawai-pegawai pasukan termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tiba di Dubai dengan menaiki penerbangan khas, Malaysia Airlines.

Manakala tiga lagi pemain Junior Eldstal, Liridon Krasniqi dan Dominic Tan sudah tiba di Dubai dari kelab masing-masing yang berpengkalan di Thailand dan Australia.

Beberapa jam selepas tiba dan berehat,  skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini terus menjalani latihan pada sebelah malam dan rata-rata pemain kelihatan lebih bersemangat dengan kehadiran tiga rakan sepasukan mereka itu.

Skuad negara bakal memulakan aksi pemanas badan dengan dua perlawanan persahabatan bertemu Kuwait (23 Mei) dan Bahrain pada 28 Mei ini.

Selepas itu mereka akan berdepan dengan aksi sebenar bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading