Antarabangsa Bola Sepak Terkini

‘Separuh akhir dah lepas, Liverpool tunggu aksi final’


Liverpools Alex Oxlade-Chamberlain, second left, celebrates after scoring his sides third goal during the English Premier League soccer match between Burnley and Liverpool at Turf Moor in Burnley, England, Wednesday May 19, 2021. (Alex Livesey/Pool via AP)
The Reds wajib menangi aksi terakhir bertemu Crystal Palace, Ahad ini.

KEMENANGAN ke atas Burnley baru meletakkan Liverpool selangkah kaki dalam misi meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ini kerana, masih ada satu lagi aksi ‘final’ yang menanti Jurgen Klopp pada hari Ahad nanti, iaitu bertemu Crystal Palace.

Selepas Chelsea yang turut mencatat kemenangan mengatasi Leicester City 2-1 di Stamford Bridge sehari sebelumnya, Liverpool dituntut untuk memenangi perlawanan sengit di Turf Moor, pagi tadi

The Clarets bukan lawan mudah mengingatkan mereka pernah menang 1-0 di Anfield Januari lalu.

Bagaimanapun, semangat juang pemain Liverpool tidak pernah padam dan buat pertama kalinya kelab Anfield itu kembali memasuki kelompok empat teratas setelah terakhir pada pertengahan Februari lalu.

Dengan 66 mata dari 37 permainan, Liverpool memintas Leicester City dan menolak ke posisi kelima.

Berita baik buat pemain Liverpool apabila penyokong mereka dibenarkan hadir di Anfield pada 23 Mei dan angin tambahan menuju ke arah Liverpool.

Tapi, Klopp memberi amaran bahawa tugas Liverpool belum selesai kerana perlu memenangi ‘final’ untuk layak ke Liga Juara-Juara.

“Ini adalah separuh akhir . Kami harus memenangi separuh akhir ini dan berjaya. Belum ada yang pasti tapi kami mampu memperbaiki posisi kami, dan ada final menunggu. Itulah yang kami perlukan. Kemenangan ini perlu dicapai kerana prestasi semasa.

“Adakah perbezaan gol mempengaruhi ? Tidak. Kami melihat pertemuan ini adalah separuh akhir. Anda tidak dapat berfikir boleh menang 3-0 di kandang Burnley. Mereka selalu menyukarkan.

“Kami harus segera pulih secepatnya. Kami kekurangan stok pemain di beberapa posisi. Kami harus melindungi mereka. Saya tidak sabar menanti 10,000 peminat di Anfield. Belum ada yang pasti, Palace itu kuat juga ,” ujar Klopp seperti dilapor Sky Sports.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading