Antarabangsa Permotoran

Kerja keras Ducati mula tuai hasil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DOHA, QATAR - MARCH 27: Jack Miller of Australia and Ducati Lenovo Team heads down a straight during the MotoGP of Qatar - Qualifying at Losail Circuit on March 27, 2021 in Doha, Qatar. (Photo by Mirco Lazzari gp/Getty Images)

USAHA keras pasukan Ducati sepanjang musim perlumbaan  MotoGP 2021 mula menuaikan hasil seperti diharapkan.

Penunggangnya, Jack Miller menilai pengeluar asal Itali itu menunjukkan prestasi hebat kepada para pelumba.

Buktinya, Miller menjadi pemenang MotoGP Perancis 2021 dan ini merupakan kemenangan berturut-turut Ducati. Terdahulu, dia muncul juara di MotoGP Sepanyol.

“Saya rasa, ini adalah penampilan terbaik Ducati.  Mereka bekerja keras selama bertahun-tahun untuk meraih perkara ini dan anda boleh nampak. Kerja keras kami terbalas,” kata Miller di Motorsports.

Pada saingan  MotoGP 2021, Ducati sudah meraih lima  podium. Selain dua kemenangan Miller, Francesco Bagnaia berjaya mencatatkan dua podium sebagai naib juara di MotoGP Portugal dan MotoGP Sepanyol, serta berada di kedudukan ketiga MotoGP Qatar.

Sementara dari pasukan satelit, Pramac Ducati, Johann Zarco, meraih tiga podium ketika menamatkan perlumbaan tempat kedua di MotoGP Qatar, MotoGP Doha, dan MotoGP Perancis. Manakala, Jorge Martin berada di posisi ketiga di MotoGP Doha.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: