\
ARSENAL tidak berputus asa untuk tampil dalam pertandingan Eropah hasil kemenangan dramatik ke atas Crystal Palace. The Gunners akan mengejar tiket itu sehingga aksi terakhir liga !
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyebut ada perasaan gugup dan panik dari pasukannya pada babak kedua. Tapi sedikit perubahan yang dilakukan pada akhirnya membuahkan hasil.
“Kami menemui satu cara untuk menang. Untuk sebahagian besar perlawanan tadi, kami mengawal sepenuhnya dan bermain sesuai keinginan kami.
“Ketika kami dibolosi, kami kehilangan penguasaan dan mula membuang bola dan panik. Kami membiarkan mereka memainkan hantaran panjang, sepakan penjuru, tendangan bebas, dan melawan Palace, itu berbahaya. Kami dalam masalah.
“Kami memperbaiki situasi dengan peluang-peluang kami dan Gabby berjaya menghasilkan gol yang sangat penting. Anda selalu punyai harapan. Kami mengambil risiko dengan susunan pemain kami,” kata Arteta kepada BBC.
Kemenangan ini melonjak Arsenal ke posisi sembilan dengan 58 mata daripada 37 perlawanan, satu mata dibelakang Tottenham Hotspur dan Everton di posisi tujuh dan lapan.
Selepas gagal melayakkan diri ke Liga Europa, Arsenal masih dapat mengejar tiket UEFA Conference League dengan menamatkan kempen liga di posisi ketujuh.
“Kami akan terus berjuang sampai hari terakhir, jika seseorang cakap di bulan November atau Disember kami dapat layak ke Eropah, itu nampak mustahil.
“Tapi kami telah berada dalam situasi bagus di enam bulan terakhir dan kami layak mendapatkan peluang untuk berada di sana pada hari terakhir,” sambung Mikel Arteta.
Add Comment