Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Bekas pertahanan kelab EPL perkuat JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JENDELA perpindahan kedua dimanfaatkan sepenuhnya Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila membawa masuk pemain kelahiran Australia, Shane Lowry bagi memperkuatkan pasukan.

Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Martin Prest berkata, skuad Harimau Selatan mendapat pemain itu secara perpindahan percuma dan ia pasti bakal menambah kekuatan di posisi tengah dan pertahanan bagi menggantikan Hariss Harun yang kini berhijrah ke kelab Singapura, Lion City Sailors FC.

“Lowry sebelum ini menyertai kelab Al Ahli dalam saingan Liga Qatar dan pernah beraksi bersama beberapa kelab Liga Inggeris iaitu Leeds United, Sheffield United, Milwall dan Leyton Orient.

“Malah, Lowry pernah beraksi dengan kelab Perth Glory dalam saingan Liga Australia (Liga-A) pada musim 2016 hingga 2019 sebelum berhijrah ke Qatar,” ujarnya menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Untuk rekod , Lowry yang kini berusia 31 tahun pernah menyertai skuad remaja Aston Villa (2005-2009) sebelum bersama skuad utama (2009 -2012).

Pemain yang beraksi diposisi pertahanan ini juga dipanggil memperkuatkan pasukan Bawah 17 tahun Republik Ireland pada 2006 dan pada 2008 hingga 2009 dia juga menyertai skuad Bawah 21 tahun Republik Ireland.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: