Antarabangsa Permotoran

‘Fikirlah semasak-masaknya Rossi’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DOHA, QATAR - APRIL 03: Valentino Rossi of Italy and Petronas Yamaha SRT prepares to start in box during the MotoGP of Qatar - Qualifying at Losail Circuit on April 03, 2021 in Doha, Qatar. (Photo by Mirco Lazzari gp/Getty Images)

VALENTINO Rossi dikatakan akan membuat keputusan berkaitan masa depan dalam dunia perlumbaan pada separuh musim MotoGP 2021, iaitu pada musim panas ini.

Rossi masih belum lagi meraih keputusan terbaik untuk lima pusingan awal MotoGP 2021. Penunggang pasukan Petronas Yamaha itu juga gagal menamatkan pada kelompok 10 teratas.

Pada pusingan pertama di Qatar, Rossi mengakhiri saingan di kedudukan ke-12. Dia kemudian tercicir ke posisi 16 di GP Doha, gagal di Portugal, dan sekadar posisi ke-17 di Sepanyol.

Terbaru, Rossi mengakhiri saingan MotoGP Perancis 2021 di posisi ke-11. Pencapaiannya di Le Mans setakat ini menjadi yang terbaik buat pelumba berusia 42 tahun itu bagi tahun 2021.

Juara dunia sembilan kali itu masih kekal di kedudukan ke-20 senarai pelumba dengan sembilan mata.

Catatan tersebut menjadi permulaan terburuk Rossi sepanjang kareirnya di pertandingan kelas primer MotoGP. Beberapa pihak menilai ia sebagai petanda bahawa zaman pelumba Itali itu sudah berakhir.

Ada juga yang menyarankan Rossi untuk bersara, apatah lagi mengenangkan kepada usianya yang tidak lagi muda.

Kini, Rossi akui akan memikirkan soal masa depannya sebaik sahaja tamat musim panas.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: