Antarabangsa Bola Sepak

Ancelotti ganti Zidane ?


CARLO Ancelotti dikhabarkan menjadi salah satu calon yang bakal menggantikan Zinedine Zidane di Real Madrid. Carlo tidak asing dengan Los Blancos.

Zidane dilaporkan bakal meninggalkan Madrid pada akhir musim ini. Jurulatih asal Perancis itu masih miliki kontrak sehingga 2022, namun dikatakan ingin menamatkan dengan lebih awal.

Bekas pemain Madrid itu difahamkan tidak lagi mendapat sokongan daripada presiden kelab, Florentino Perez dan tetap akan cabut lari dari Santiago Bernabeu walaupun sekiranya pasukan dibimbingnya bergelar juara Liga Sepanyol musim ini.

Pengurus berusia 61 tahun itu sebelum ini pernah melatih Los Merengues pada musim 2013-2015.

Selama mengendalikan Real Madrid, Ancelotti berjaya mempersembahkan trofi Liga Juara-Juara yang ke-10 untuk Madrid (La Decima) tahun 2013. Dia juga memenangi gelaran Copa del Rey, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia FIFA.

Selain Ancelotti, beberapa individu lain turut dikaitkan dengan Madrid seperti Raul Gonzalez, Massimiliano Allegri, sehingga Joachim Loew.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d