Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Doa rakyat Malaysia iringi perjuangan Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican

Oleh : Subkhi Sudarji

“BERJUANGLAH demi Malaysia dan tanah air,” itulah ucapan dan dokongan disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada barisan pemain dan pengurusan Harimau Malaya yang bakal beraksi pada baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Jun nanti.

Namun pada masa sama, Reezal turut mahukan pemain dan pengurusan skuad kebangsaan sentiasa mematuhi Gelembung sukan yang telah ditetapkan disepanjang kejohanan berlangsung.

“Kita masih lagi dalam pertarungan menghadapi pandemik Covid 19, begitu juga pasukan negara yang kini berada dalam pertarungan untuk layak ke Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia dan penyokong bolasepak tanah air, kami sentiasa doakan kejayaan buat pasukan, kibarkan panji negara dengan bangga.

“Sentiasa menjaga keselamatan dan patuhi SOP ditetapkan. Dalam perjuangan perlulah juga menjaga keselamatan, Insyallah kejayaan ada untuk kita semua,” jelasnya, sebentar tadi.

Pada masa sama, Reezal turut mendoakan dan mengharapkan pasukan kebangsaan selamat pergi dan pulang dengan kejayaaan.

Untuk rekod , skuad kebangsaan dihimpunkan pada 16 Mei lalu sebelum mengharungi dua aksi pemanas badan berdepan Kuwait dan Bahrain.

Ia sebagai persiapan untuk menghabiskan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai yang menyaksikan skuad kebangsaan akan berdepan UAE terlebih dahulu sebelum menentang pendahulu, Vietnam dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan aksi bertemu Thailand.

Ketika ini, mereka berada pada kedudukan terbaik untuk mara ke peringkat seterusnya apabila menghimpun sembilan mata untuk berada di tempat kedua di belakang Vietnam (11 mata) sementara Thailand berada di tempat ketiga dengan lapan mata dan UAE (enam mata).

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: