Antarabangsa Bola Sepak

Mancini sambung kerja dengan Gli Azzurri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ROBERTO Mancini sah menandatangani kontrak baru dengan pasukan kebangsaan Itali, yang menjadikannya kekal sehingga tahun 2026.

Presiden Persekutuan Bola Sepak  Itali (FIGC) Gabriele Gravina mengesahkan perkembangan Mancini yang akan memimpin Gli Azzurri dalam dua pertandingan Euro dan dua Piala Dunia.

Ini bermaksud, selain mengendalikan Itali di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar, jurulatih berusia 56 tahun itu juga akan bertugas di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, tiga negara yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: