Bola Sepak Semasa

Minat Manchester City, Somerville sedia ‘jerit’ bersama Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Somerville (depan) menjalani latihan bersama Farizal.

Oleh: SJURYATI MOHD NOR

NAMA Samuel Somerville menjadi tumpuan dalam aksi Liga Super musim ini dengan persembahan yang amat memberangsangkan.

Apa tidaknya, dia antara tonggak utama dalam barisan skuad Penang FC yang kini berada di kedudukan keempat liga setakat ini.

Realitinya, Somerville sudah lama bertapak dalam Liga Malaysia, cuma peluangnya agak terhad sepanjang bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memandangkan menjadi pilihan kedua di belakang Haziq Nadzli.

Namun kelebihannya sebagai penjaga gawang lebih terserlah selepas dapat bermain lebih banyak minit permainan sehingga dipanggil menyarung jersi kebangsaan tahun ini.

Pemain kelahiran Farnborough, England mengakui teruja dapat bersama skuad Harimau Malaya dan menjalani latihan bersama pemain-pemain lain.

“Sesi latihan berjalan dengan baik, juga agak ‘tough’. Saya fikir saya sebagai ‘organizer’ saya agak lantang di atas padang dan mengambil usaha untuk bercakap dengan orang lain dalam pasukan Penang. Dan saya harap itu (sikap) boleh di bawa ke sini (skuad negara).

“Dan saya sedar dua lagi penjaga gol (Farizal Marlias dan Khairulazhan) juga bagus,” jelasnya pada sidang media harian skuad Harimau Malaya pada Selasa.

Pemain-pemain negara gigih menjalani latihan sebelum ke Dubai, Khamis ini.

Penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City berusia 26 tahun ini mengakui akan cuba membantu pasukan mempamerkan aksi terbaik seperti yang dilakukan pasukan ketika pusingan kelayakan sebelum ini.

Dia tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dalam skuad Tan Cheng Hoe selepas dua hari menjalani latihan bersama.

“Saya sangat menghormatinya dan faham yang yang dia (jurulatih) inginkan. Dia juga seorang jurulatih yang baik.

“Bagi saya hanya faham dengan taktik dan bagaimana jurulatih mahu kita bermain sebaik mungkin,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Somerville mengakui minatnya kepada Man City kerana kelab ini adalah ‘bola sepak moden’ yang sebenar.

“Gaya bola sepak moden adalah mereka (Man City) dengan melihat bagaimana mereka bermain.”

Skuad negara hanya menjalani latihan selama empat hari sebelum terbang ke Dubai Khamis ini.

Mereka bakal memulakan aksi pemanas badan dengan dua perlawanan persahabatan bertemu Kuwait (23 Mei) dan Bahrain pada 28 Mei ini.

Selepas itu mereka bakal berdepan dengan aksi sebenar bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: