Bola Sepak Semasa Terkini

CEO Melaka United letak jawatan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Datuk Saiful Mat Sapri

Oleh : Subkhi Sudarji

KETUA Pegawai Eksekutif  (CEO) Melaka United, Datuk Saiful Mat Sapri meletakkan jawatan yang disandangkannya berkuatkuasa hari ini.

Keputusan pengumuman peletakan jawatannya itu dimaklumkan dalam mesyuarat pengurusan Melaka United FC hari ini.

“Memang saya telah meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan yang selama ini saya abaikan. Jadi inilah masa terbaik buat saya untuk membuat keputusan selepas melihat MUFC kini sudah kembali stabil dari segi semua aspek,” ujarnya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Untuk rekod, Saiful merupakan Bendahari Kehormat Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Melaka United pada 4 Disember tahun lalu selepas pasukan melengkapi proses penswastaan kelab bermula musim 2021.

Kehadirannya selaku CEO dalam MUFC dilihat berjaya membantu menyelesaikan permasalahan kewangan dan tunggakan gaji barisan pemain serta kejurulatihan dengan kejayaan membawa masuk pemilik baharu skuad Hang Tuah, iaitu  pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn Bhd (KenTeam).

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: