Badminton Semasa Terkini

Masters Sepanyol: Dua wakil negara ‘pulang’ awal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yee Jun (kiri) dan Wei Jie kandas di pusingan awal Masters Sepanyol.

DUA wakil negara gagal melepasi halangan pusingan pertama mereka di kejohanan badminton Masters Sepanyol berstatus Super 300 yang membuka tirainya pada Selasa.

Naib juara beregu lelaki Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland Mac lalu, Chang Tee Jun-Chia Wei Jie akur di tangan pilihan keempat dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov.

Pasangan muda negara memberi cabaran sengit sebelum tunduk 20-22, 21-23 kepada lawan yang menduduki ranking ke-42 dunia, berbanding mereka pada tangga ke-296.

Beregu wanita negara, Yap Rui Chen-Yap Tee turut mengalami nasib sama apabila tunduk 15-21, 21-13, 19-21 kepada pasangan Belanda, Alyssa Tirtosentono-Imke Van Der Aar.

Satu lagi pasangan negara, Anna Cheong-Yap Cheng Wen pula mara ke pusingan kedua selepas mendapat bye di pusingan awal.

Malaysia menghantar tiga wakil perseorangan lelaki diketuai juara Cabaran Antarabangsa Malaysia 2019, Cheam June Wei, juara Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland Mac lalu, Ng Tze Yong serta Leong Jun Hao dan  mereka akan membuka cabaran masing-masing esok.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: