Lain-Lain Terkini

“Sukar mencari pengganti”, jenazah Allahyarham Haziq dijangka dikebumikan di Merlimau


Pemanah senior negara, Haziq meninggal dunia pada Jumaat.

Oleh: SUBKHI SUDARJI dan SURYATI MOHD NOR

PRESIDEN Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hassan berkongsi kesedihan di atas kehilangan atlet senior memanah negara Haziq Kamaruddin yang meninggal dunia pagi Jumaat.

Abdul Hamid memberitahu, kehilangan atlet berusia 28 tahun ini memang terkesan dalam skuad memandangkan arwah seorang sangat berdisiplin.

“Kami rasa sedih. Ucapan takziah kepada keluarga terutama kepada isterinya, (Shahira Abdul Halim).

“Dia seorang pemanah yang tidak pernah merungut. Apa sahaja yang kita berikan dia akan ikut. Itulah kehilangan yang kami rasakan.

“Susah nak cari penggantinya,” jelas Abdul Hamid kepada media yang hadir di perkarangan Hospital Kajang hari ini.

Menurutnya lagi, Haziq dalam persiapan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik, Tokyo Jun ini.

“Kita kehilangan seorang atlet yang layak ke Olimpik. Sebenarnya dia sudah ke Olimpik dua kali sebelum ini. Ini merupakan yang ketiga.

“Kita akan ke Paris bulan Jun nanti. Jadi terpaksa cari seorang atlet pengganti, mungkin sudah ada dalam senarai. Dan cuba dapatkan kelayakan.

“Kita sudah layak acara individu dan kini cuba layak dalam acara berpasukan,” jelasnya.

Sementara itu, jenazah Allahyarham yang baharu setahun mendirikan rumahtangga dijangka akan dikebumikan di Merlimau, Melaka.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: